Tuesday, July 14, 2009

Era Dakwah Terkini


Assalamualaikum..w.t.b.......

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah dan kurnia-NYA dapat sy menyiapkan "blog" yang tidak seberapa ini dalam meneruskan perjuangan dan menghabiskan sisa-sisa hidup untuk mendapat keredhaan dari-NYA.Ini juga adalah jasa daripada DPMD yang telah menganjurkan "Kursus Membuat Blog" dan juga hasil tunjuk ajar sahabat sekalian yang banyak membantu sy dalam menyiapkan blog ini.

Didalam dunia yang Global ini telah banyak mengajar saya betapa pentingnya sebuah "blog" dibina dalam merealisasikan misi DAKWAH yang semakin mencabar untuk disampaikan kepada semua dalam membentuk sahsiah diri bagi seorang Muslim yang sebenar InsyaALLAH.

Begitupun,masih terdapat tentangan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghalang pihak kami sebagai 'blogger' dalam menyampaikan sesuatu yang haq' demi menegakkan agama ALLAH ini.Moga perjuangan kami mendapat sokongan daripada semua untuk menyebarkan misi dakwah yang semakin terhimpit oleh segelintir pihak tertentu yang bersikap meterialistik.

Sebarang kekurangan dan teguran daripada pihak anda amatlah sy hargai dan semoga anda semua sudi memberi pendapat dan pandangan kepada sy untuk memantapkan lagi isi-isi dalam blog sy ini.

Semoga segala jasa daripada anda semua tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung mendapat ganjaran daripada Allah kelak,insyaALLAH...

0 comments:

Post a Comment

 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template