Showing posts with label Kenali Mereka. Show all posts
Showing posts with label Kenali Mereka. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Al-Biruni Saintis Sepanjang Zaman

0 comments


Al-Biruni adalah seorang cendikiawan dan saintis Islam ternama dalam bidang fizik,metafizik,matematik,georgrafi dan sejarah.

Beliau dilahirkan pada tahun 973.Berita kebijaksanaan al-Biruni semasa muda telah tersebar luas sehinggakan sultan yang memerintah ketika itu,Sultan Mahmood Ghaznawi telah membawa al-Biruni bersamanya untuk menjelajah India beberapa kali.Peluang ini memberinya kesempatan untuk mengembara di seluruh India selama 20 tahun.Melalui pengembaraan inilah al-Biruni mempelajari falsafah Hindu,metematik dan georgrafi.

Beliau merakamkan pemerhatiannya sepanjang menjelajah India dalam kitabnya yang terkenal iaitu Kitab al-Hind yang menerangkan dengan perkataan dan juga lakaran mengenai sejarah dan keadaan sosial di benua kecil tersebut.Penjelasanya mengenai India dalam buku ini sangat lengkap.
Sekembalinya dari india,al-Biruni telah menulis buku yang terkenal iaitu Qanun fi Masoodi yang ditujukan khas kepada Sultan Masood.Di dalamnya al-Biruni membincangkan mengenai beberapa teorem astronomi,trigonometri,solar,lunar dan pergerakan planet.

Dalam satu lagi bukunya yang terkenal,al-Athar al-Baqia,beliau cuba mengaitkan sejarah purbakala dengan pengetahuan georgrafi,selain membincangkan mengenai pergerakan bumi dimana beliau telah menyatakan dengan tepat nilai latitut dan longitude di beberapa buah tempat.

Al-Biruni turut menghasilkan Kitab al-Saidana,sebuah kitab perubatan yang menggabungkan ilmu perubatan Arab dan juga India.Manakala bukunya Kitab al-Jamahir pula adalah mengenai pelbagai jenis batu-batu yang berharga.

Al-Biruni juga sebenarnya adalah ahli astrologi dan terkenal dengan kemampuannya membuat ramalan yang tepat.Malah,lebih awal daripada saintis-saintis Barat,al-Biruni sebenarnya telahpun membincangkan persoalan sama ada bumi berputar mengelilingi paksinya ataupun tidak.Lebih menakjubkan lagi,beliau adalah manusia pertama yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kejadian-kejadian astronomical.

Dengan segala penyelidikan dan penulisannya dalam pelbagai cabang ilmu ini,maka tidak hairanlah jika al-Biruni dinobatkan sebagai saintis Islam yang tersohor dan tiada tolak bandingnya di sepanjang zaman.

Al-Biruni meninggal pada tahun 1048 ketika berumur 75 tahun setelah menghabiskan masa 40 tahun mengumpul dan memberi sumbangan dalam bidang keilmuan.Moga jasa dan pengorbanan beliau untuk menyebarkan ilmu ini mendapat balasan di sisi Allah s.w.t ‘’disana’’ nanti,insyaALLAH.

Wallahu a’lam…

Wednesday, July 15, 2009

Siapa Aku?

0 comments
Lahirku di Kampung Al-Jaurah, Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah, Tercetus perang 1948, familiku berpindah, Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)Tika asyik beriadah bersama teman, Malang menimpa, aku terhumban, Lumpuh seluruh badan, Namun, kutekad kekuatan, Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan, Minda, fikiran, tadbir jua amalan... Kutamatkan pengajian sekolah, Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah, Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti, Hati yang terhiris itulah, Yang kubawa ke Mesir gagah, Kukenal Ikhwan, sertai jamaah. Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib, Berkhutbah di masjid, akulah khatib, Akulah pengasas Majma' Islami, Pada 70-an tekad bersemi. 1983,aku ditangkap dituduh, Pengasas Majd Mujahidin pembunuh, 13 tahun penjara, mahkamah menyuruh, Namun terbebas selepas bulan kesepuluh. Kuasaskan lagi gerakan HAMAS, Gerakan Penentangan Islamiah, kemas, 1987, HAMAS berdiri tegas! Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi, Dihukum penjara seumur abadi, Ditambah 15 tahun lagi,Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi! Makin hari, kumakin lemah, di penjara, Pandangan kananku hilang mutiara, Mata kiriku kabur, terseksa didera, Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara. Subuh 1 Oktober 1997 barakah, Aku dibebas dengan janji payah, Antara Jordan & Israel laknatullah, Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.Kusenyum, kulihat Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat, Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,Hingga terbunuh jua tercedera berat. Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri, Munajatku mohon ke hadrat Ilahi, Agar ganjaran Syahid diberi di sisi, Dan kuniat puasa di pagi hari. Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya, Usai solat Subuh, tiada lama hanya, Tika berjalan pulang, aduh sakitnya, Tiada rasa nyeri, pulanglah, Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah, Haruman syurgawi, rohpun terbanglah, Duniaku, pisahlah, Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah... Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin! Siapa kamu? Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?
3 April 2004, Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.

(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin,1938-2004)
 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template