Saturday, December 5, 2009

Al-Biruni Saintis Sepanjang Zaman




Al-Biruni adalah seorang cendikiawan dan saintis Islam ternama dalam bidang fizik,metafizik,matematik,georgrafi dan sejarah.

Beliau dilahirkan pada tahun 973.Berita kebijaksanaan al-Biruni semasa muda telah tersebar luas sehinggakan sultan yang memerintah ketika itu,Sultan Mahmood Ghaznawi telah membawa al-Biruni bersamanya untuk menjelajah India beberapa kali.Peluang ini memberinya kesempatan untuk mengembara di seluruh India selama 20 tahun.Melalui pengembaraan inilah al-Biruni mempelajari falsafah Hindu,metematik dan georgrafi.

Beliau merakamkan pemerhatiannya sepanjang menjelajah India dalam kitabnya yang terkenal iaitu Kitab al-Hind yang menerangkan dengan perkataan dan juga lakaran mengenai sejarah dan keadaan sosial di benua kecil tersebut.Penjelasanya mengenai India dalam buku ini sangat lengkap.
Sekembalinya dari india,al-Biruni telah menulis buku yang terkenal iaitu Qanun fi Masoodi yang ditujukan khas kepada Sultan Masood.Di dalamnya al-Biruni membincangkan mengenai beberapa teorem astronomi,trigonometri,solar,lunar dan pergerakan planet.

Dalam satu lagi bukunya yang terkenal,al-Athar al-Baqia,beliau cuba mengaitkan sejarah purbakala dengan pengetahuan georgrafi,selain membincangkan mengenai pergerakan bumi dimana beliau telah menyatakan dengan tepat nilai latitut dan longitude di beberapa buah tempat.

Al-Biruni turut menghasilkan Kitab al-Saidana,sebuah kitab perubatan yang menggabungkan ilmu perubatan Arab dan juga India.Manakala bukunya Kitab al-Jamahir pula adalah mengenai pelbagai jenis batu-batu yang berharga.

Al-Biruni juga sebenarnya adalah ahli astrologi dan terkenal dengan kemampuannya membuat ramalan yang tepat.Malah,lebih awal daripada saintis-saintis Barat,al-Biruni sebenarnya telahpun membincangkan persoalan sama ada bumi berputar mengelilingi paksinya ataupun tidak.Lebih menakjubkan lagi,beliau adalah manusia pertama yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kejadian-kejadian astronomical.

Dengan segala penyelidikan dan penulisannya dalam pelbagai cabang ilmu ini,maka tidak hairanlah jika al-Biruni dinobatkan sebagai saintis Islam yang tersohor dan tiada tolak bandingnya di sepanjang zaman.

Al-Biruni meninggal pada tahun 1048 ketika berumur 75 tahun setelah menghabiskan masa 40 tahun mengumpul dan memberi sumbangan dalam bidang keilmuan.Moga jasa dan pengorbanan beliau untuk menyebarkan ilmu ini mendapat balasan di sisi Allah s.w.t ‘’disana’’ nanti,insyaALLAH.

Wallahu a’lam…

0 comments:

Post a Comment

 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template