Thursday, December 24, 2009

Kelebihan Bulan Muharram


Assalamualaikum w.b.t…

Allhamdulillah syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada Tuhan Semesta Alam,ALLAH S.W.T kerana masih lagi memberi kita nikmat ISLAM dan IMAN untuk kita sama-sama terus menerus melakukan amalan sebagai bekalan sebelum”dijemput” untuk menghadap-NYA nanti.

Sedar tidak sedar telah seminngu kita memasuki tahun baru 1431 Hijrah,dan mungkin ramai yang telah berazam untuk menjadikan tahun baru kali ini sebagai medan untuk menggandakan KETAQWAAN dan AMALAN di sisi ALLAH S.W.T Moga azam kita pada kali ini berterusan dan sentiasa mendapat TAUFIK serta HIDAYAH daripada Allah,insyaALLAH.
Bulan Muharram banyak kelebihannya jika di rungkai dan di selidik satu persatu dalam sejarah Islam.

Antara kelebihan Bulan Muharram mengikut kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia juga turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan disini bahawa, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud:

" Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan ALLAH S.W.T turun pada empat bulan itu.

Bulan Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari Bulan muharram itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Yang paling istimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta Syurga dan Bumi, menyelamatkan Nabi daripada kezaliman musuh-musuh Islam dan menciptakan Nabi Adam A.S. juga pada bulan yang penuh kemuliaan ini.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh A.S diselamatkan di Bukit Al-Judi, manakala Nabi Ibrahim A.S diselamatkan oleh ALLAH S.W.T daripada api Namrud yang membakarnya.ALLAH S.W.T juga melepaskan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S daripada Firaun dan Haman serta banyak lagi sejarah-sejarah Nabi terdahulu pada bulan ini.

Pada zaman Rasulullah S.A.W pula, terdapat seorang Yahudi menuduh seorang Muslim mencuri yang juga berlaku pada hari Asyura.

Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.Antaranya ialah:

Daripada Ibnu Abbas R.A bahawa,apabila Rasulullah S.A.W memasuki Kota Madinah,Baginda S.A.W mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura.Maka Rasullullah S.A.W bersabda kepada mereka:”Kenapa kamu berpuasa pada hari ini?”Mereka menjawap:”ini adalah hari kebesaran kami,Allah telah melepaskan Nabi Musa A.S bersama-sama kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya,maka Nabi Musa A.S berpuasa sebagai tanda syukur Kepada Allah,kerana itulah kami berpuasa.”
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:”Kamilah yang lebih berhak dan lebih utama dengan Nabi Musa A.S daripada kamu.”Maka Rasulullah S.A.W pun berpuasa dan menyuruh umatnya supaya berpuasa."



GANJARAN PAHALA:

Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannya pada hari penuh berkat itu.

Daripada Ibnu Abbas R.A berkata:”Aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi pada hari-hari lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yakni Ramadhan.”

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.
* Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
* Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
* Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

Jadi sempana bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T serta berpuasa pada hari ‘Asyura nanti sebagaimana Ibnu Abbas R.A berkata:’’Ketika Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk turut berpuasa,mereka berkata:”Wahai Rasulullah S.A.W!Sesungguhnya ini adalah hari kebesaran orang-orang Yahudi dan Nasrani.”Maka Rasulullah S.A.W bersabda:”Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan,nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan.”

Jom pakat-pakat puasa sunat nanti!Moga sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T setimpal dengan apa yang telah kita semua kerjakan dalam kehidupan seharian,InsyaALLAH…SALAM MUHARRAM!!!

Wallahu a’lam…(~_*)

0 comments:

Post a Comment

 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template