Tuesday, November 17, 2009

Hukum Simpan Gambar Lelaki@Perempuan Bukan Muhrim


Assalamualaikum.w.b.t….

Pertama dan selama-lamanya syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t atas nikmat dan anugerah yang diberikan ini kerana masih lagi mampu berdiri untuk menghirup udara yang segar mencari keredhaanya disamping mencari bekalan sebelum bertemu-NYA ‘disana’ nanti.

Pertama sekali ana ingin berkongsi ilmu yang dirasakan penting dan berguna terutamanya bagi mereka yang masih hanyut dilamun CINTA agar sedar diri kita sedang ‘DIPERHATI’.Kebanyakan kita tidak sedar tentang “hukum menyimpan gambar lelaki@wanita bukan muhrim” tak kira dalam dalam apa jua bentuk sekalipun.

Apakah dengan menyimpan gambar itu anda akan menjadi seorang yang lebih beriman? Lebih sihat dan bebas dari penyakit? Atau menjadi seorang yang cerdik, pandai dan bijaksana? Atau menjadi bertambah kaya dan murah rezeki? Atau disimpan sebagai azimat yang boleh mencegah anda dari sebarang bahaya? Sudah tentu jawapannya tidak!

Maka atas dasar apakah gambar itu disimpan? Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu? Semakin ditatap semakin rindu. Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan. Sebaliknya jika hubungan terputus, gambar itu akan dikoyakkan, dibuang atau dibakar, malah kadang-kadang ada yang digunakan pula untuk tujuan jahat bagi membalas dendam.Nauzubillah!!!

Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini, elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan lebih baik pastikan gambar anda tidak disimpan oleh orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:

"...antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya..." (al-Bukhari dan Muslim)

Ini tidak dinafikan dengan menyimpan gambar juga menjadi “muqaddimah” kepada zina,apa taknya bila perasaan rindu dan sayang bermain dihati disebabkan asyik melihat gambar insan tersayang akan timbul perasaan untuk bertemu dengan si dia.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.(Surah Al-Isra’ ayat 32).

Jodoh pertemuan kita telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk kita,untuk mendapatkan yang terbaik kita perlu menjadi bukan mencari.Menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang paling baik.Kerana yang baik hanya untuk yang baik sahaja sebagaimana firman-NYA yang bermaksud:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin”.(Surah An-Nur ayat 3).

Akhir sekali ana doakan semoga Allah s.w.t membuka pintu hati kita semua untuk kembali kepada jalan yang benar,meletakkan kita bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah “kelak” insyaALLAH…

Wallahu a’lam….

P/S:”carilah ISTERI untuk dijadikan KEKASIH,bukannya mencari KEKASIH untuk dijadikan ISTERI dan sebaliknya”..(^_^)

0 comments:

Post a Comment

 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template