Tuesday, November 3, 2009

Terasa nikmat SIHAT amat berharga bila SAKIT


Nikmat merupakan pemberian ILAHI yang amat besar kepada hamba-NYA,dan setiap makhluk yang hidup diatas muka bumi ciptaan ALLAH s.w.t ini dapat merasa nikmat Sang Pencipta tidak kira yang kufur sekalipun masih lagi dapat menikmati nikmat yang diberikan ini.Itulah tanda kasih seorang TUAN kepada HAMBANYA tidak kira dimana mereka berada curahan RAHMAT ilahi sentiasa memayungi hamba-hamba-NYA yang leka dan berwaspada.

Nikmat Sihat terutamanya,kita hanya akan menyedari begitu berharganya nikmat ini bila SAKIT,sewaktu sihat kita leka dan x penah mensyukuri nikmat yang di kurniakan Sang Pengcipta untuk Si Hamba.Aku sendiri menyedari nikmat sihat begitu penting lebih-lebih lagi setelah ditimpa demam yang berpanjangan,dan yang lebih terasa bila ujian ini hadir aku sendirian tanpa teman.

Alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberi sedikit waktu untukku terus hidup mencari bekalan untuk bertemunya disana nanti,nikmat yang diberikannya kepadaku amat besar .Bayangkan empat hari tidak makan terasa hidup semakin hampir ke penghujungnya dan bermacam-macam yang telah bermain di benak fikiranku,ku sedar ini semua mainan syaitan laknatullah,aku mesti teruskan hidup.Mungkin inilah yang dirasai mangsa-mangsa yang kebuluran tanpa sesuap nasi,tanpa seteguk air meneruskan hidup dengan apa yang ada.

Ya ALLAH besarnya nikmatmu ini,baru ku sedar dan Engkaulah yang telah menyedarkanku wahai Tuhan.Benarlah firman-MU ya ALLAH yang bermaksud:

“ Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”

Surah Ibrahim ayat 34.

Sedarlah wahai insan yang terleka nikmat yang diberikan ini hanyalah pinjaman dan akan di tarik balik oleh “Si Pemberi Pinjam” iaitu ALLAH s.w.t bila-bila masa sahaja.Dan mungkin nikmat hidup yang diberikan ini akan diambil sebentar sahaja lagi.Cukupkah amalan kita untuk bertemunya?Apa yang telah kita lakukan di dunia selama ini?Subhanallah….

Bersama kita renungi hadis Rasullulah yang bermaksud:

“Daripada Ibnu Umar r.a,beliau beekata:”Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda:”Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.”

Ibnu Umar telah berkata:’’Apabila kamu berada di waktu petang janganlah kamu menunggu waktu pagi.Dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu menunggu waktu petang.Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.”[Diriwayatkan oleh Bukhari].

Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang bersyukur atas nikmat ALLAH s.w.t yang diberikan ini dan sama-sama menggunakan nikmat ini kearah kebaikkan untuk bekalan kita disana nanti.InsyaALLAH.

Wallahu’alam…(^_^)

P/S:”terasa nikmat SIHAT amat berharga bila SAKIT,renung2kanlah……”

0 comments:

Post a Comment

 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template