Thursday, December 24, 2009

Kelebihan Bulan Muharram

0 comments
Assalamualaikum w.b.t…

Allhamdulillah syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada Tuhan Semesta Alam,ALLAH S.W.T kerana masih lagi memberi kita nikmat ISLAM dan IMAN untuk kita sama-sama terus menerus melakukan amalan sebagai bekalan sebelum”dijemput” untuk menghadap-NYA nanti.

Sedar tidak sedar telah seminngu kita memasuki tahun baru 1431 Hijrah,dan mungkin ramai yang telah berazam untuk menjadikan tahun baru kali ini sebagai medan untuk menggandakan KETAQWAAN dan AMALAN di sisi ALLAH S.W.T Moga azam kita pada kali ini berterusan dan sentiasa mendapat TAUFIK serta HIDAYAH daripada Allah,insyaALLAH.
Bulan Muharram banyak kelebihannya jika di rungkai dan di selidik satu persatu dalam sejarah Islam.

Antara kelebihan Bulan Muharram mengikut kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia juga turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan disini bahawa, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud:

" Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan ALLAH S.W.T turun pada empat bulan itu.

Bulan Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari Bulan muharram itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Yang paling istimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta Syurga dan Bumi, menyelamatkan Nabi daripada kezaliman musuh-musuh Islam dan menciptakan Nabi Adam A.S. juga pada bulan yang penuh kemuliaan ini.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh A.S diselamatkan di Bukit Al-Judi, manakala Nabi Ibrahim A.S diselamatkan oleh ALLAH S.W.T daripada api Namrud yang membakarnya.ALLAH S.W.T juga melepaskan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S daripada Firaun dan Haman serta banyak lagi sejarah-sejarah Nabi terdahulu pada bulan ini.

Pada zaman Rasulullah S.A.W pula, terdapat seorang Yahudi menuduh seorang Muslim mencuri yang juga berlaku pada hari Asyura.

Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.Antaranya ialah:

Daripada Ibnu Abbas R.A bahawa,apabila Rasulullah S.A.W memasuki Kota Madinah,Baginda S.A.W mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura.Maka Rasullullah S.A.W bersabda kepada mereka:”Kenapa kamu berpuasa pada hari ini?”Mereka menjawap:”ini adalah hari kebesaran kami,Allah telah melepaskan Nabi Musa A.S bersama-sama kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya,maka Nabi Musa A.S berpuasa sebagai tanda syukur Kepada Allah,kerana itulah kami berpuasa.”
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:”Kamilah yang lebih berhak dan lebih utama dengan Nabi Musa A.S daripada kamu.”Maka Rasulullah S.A.W pun berpuasa dan menyuruh umatnya supaya berpuasa."



GANJARAN PAHALA:

Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannya pada hari penuh berkat itu.

Daripada Ibnu Abbas R.A berkata:”Aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi pada hari-hari lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yakni Ramadhan.”

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.
* Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
* Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
* Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

Jadi sempana bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T serta berpuasa pada hari ‘Asyura nanti sebagaimana Ibnu Abbas R.A berkata:’’Ketika Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk turut berpuasa,mereka berkata:”Wahai Rasulullah S.A.W!Sesungguhnya ini adalah hari kebesaran orang-orang Yahudi dan Nasrani.”Maka Rasulullah S.A.W bersabda:”Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan,nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan.”

Jom pakat-pakat puasa sunat nanti!Moga sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T setimpal dengan apa yang telah kita semua kerjakan dalam kehidupan seharian,InsyaALLAH…SALAM MUHARRAM!!!

Wallahu a’lam…(~_*)

Monday, December 21, 2009

Umat Terbaik???

0 comments
Assalamualaikum w.b.t….

Apa khabar sahabat dan sahabiah semua??Ku harapkan semoga kalian sentiasa berada dibawah naungan Rahmat Allah s.w.t sentiasa,insyaALLAH.Lama juga rasanya sy x post artickle baru,hari ini Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu untuk kita semua.Tajuk pada kali ini ialah “Siapa Umat Terbaik?''…

Allah s.w.t telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud:

“Kamu (umat Islam)adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka,di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik..'' (Surah Ali-Imran: 110).

Para ulama’ menafsirkan ayat tersebut kepada satu makna yang menunjukkan umat Islam ini adalah sebagai umat terbaik dari seluruh umat, iaitu “DAKWAH”. Maksudnya disini, saling menyeru dan mengajak untuk sama-sama taat dan patuh kepada suruhan Allah SWT (iaitu melakukan amar ma'ruf nahi munkar, yang disertai keimanan kepada Allah SWT).Sejauhmana umat Islam mengambil peduli kepada sesama manusia, terutamanya kepada sesama Muslim, maka sejauh itulah pula pertolongan Allah SWT akan datang kepadanya. Jika sebaliknya, maka umat Islam pasti akan merasakan berbagai musibah dan bencana sebagaimana yang berlaku sekarang.Nauzubillah!!

Dalam sebuah hadis pula ada menyebut,maksudnya:

''Hendaklah kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika tidak, maka Allah SWT akan menguasakan keatasmu orang-orang paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yang baik di antara kamu berdoa dan tidak dikabulkan (doa mereka).'' (HR Abu Dzar).

Suatu ketika Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW, ''Jika Allah menurunkan azab di muka bumi ini, apakah azab itu akan menimpa orang-orang yang soleh juga, seperti orang yang bersalah ditimpa azab?''Rasulullah SAW menjawab,''Ya! Azab akan menimpa semua orang di dunia ini, tetapi pada hari kiamat orang yang soleh akan dipisahkan dari orang yang bersalah.'' (Fadhail A'mal).

Inilah hakikat yang sebenarnya yang lahir dari pertalian persaudaraan sesama Muslim. Yakni,
adanya rasa sedih bila melihat saudaranya masih lagi tidak mahu mentaati perintah Allah SWT, ada kerisauan yang mendalam akan kemurkaan Allah SWT kepada mereka.Kemaksiatan, pada zaman ini sudah menjadi pemandangan yang lazim di mana-mana sedangka kita hanya berpeluk tubuh je bahkan, bahkan tidak lahir sedikitpun kesedihan dalam hati.Sedarlah sesungguhnya kita sedang mengundang bencana yang pedih kepada diri sendiri yang datangnya dari Zat Yang Maha Menguasai seluruh kehidupan ini, yaitu Allah SWT.

''Tidaklah seseorang melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan ia berada dalam suatu kaum,namun kaum itu tidak mencegahnya walaupun mereka mampu, melainkan Allah SWT akan menimpakan bencana yang pedih ke atas kaum itu sebelum mereka mati.'' (HR Abu Daud dan Ibnu Majah-Attarghib).

Maka sudah jelas bagi kita maksud hadis diatas, inilah bukti yang menunjukkan berbagai musibah, bencana, dan malapetaka yang datang silih berganti didunia ini merupakan kelalaian kita yang terus menerus.Betapa egonya sikap kita, tidak mempedulikan kepada saudara-saudara kita yang masih hanyut didalam kemurkaan serta menentang perintah Allah SWT.Bersama2 kita fikirkan bersama untuk mencari jalan penyelesaiannya kerana esok belum tentu milik kita.

Akhir kalam,sempena tahun baru ini masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan SALAM HIJRAH 1431 kepada seluruh “umat yang trbaik” di dunia ini,iaitu umat ISLAM.Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk kita merungkai kembali hakikat persaudaraan yang kian hari kian menipis di dalam kehidupan kita pada hari ini,semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT didunia dan di akhirat kelak,insyaALLAH.

Wallahu a’lam...

Friday, December 11, 2009

5 Syarat Untuk Buat Maksiat

0 comments
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Jadi kepada sesiapa yang rasa-rasa atau terpikir nak buat maksiat penuhilah syarat-syarat ini dahulu.Kalau rasa x leh buat 2 mari la sama-sama kita kembali ke jalan ALLAH selagi pintu taubat masih terbuka luas..InsyaALLAH...

Wallahu a'lam.....

Saturday, December 5, 2009

Al-Biruni Saintis Sepanjang Zaman

0 comments


Al-Biruni adalah seorang cendikiawan dan saintis Islam ternama dalam bidang fizik,metafizik,matematik,georgrafi dan sejarah.

Beliau dilahirkan pada tahun 973.Berita kebijaksanaan al-Biruni semasa muda telah tersebar luas sehinggakan sultan yang memerintah ketika itu,Sultan Mahmood Ghaznawi telah membawa al-Biruni bersamanya untuk menjelajah India beberapa kali.Peluang ini memberinya kesempatan untuk mengembara di seluruh India selama 20 tahun.Melalui pengembaraan inilah al-Biruni mempelajari falsafah Hindu,metematik dan georgrafi.

Beliau merakamkan pemerhatiannya sepanjang menjelajah India dalam kitabnya yang terkenal iaitu Kitab al-Hind yang menerangkan dengan perkataan dan juga lakaran mengenai sejarah dan keadaan sosial di benua kecil tersebut.Penjelasanya mengenai India dalam buku ini sangat lengkap.
Sekembalinya dari india,al-Biruni telah menulis buku yang terkenal iaitu Qanun fi Masoodi yang ditujukan khas kepada Sultan Masood.Di dalamnya al-Biruni membincangkan mengenai beberapa teorem astronomi,trigonometri,solar,lunar dan pergerakan planet.

Dalam satu lagi bukunya yang terkenal,al-Athar al-Baqia,beliau cuba mengaitkan sejarah purbakala dengan pengetahuan georgrafi,selain membincangkan mengenai pergerakan bumi dimana beliau telah menyatakan dengan tepat nilai latitut dan longitude di beberapa buah tempat.

Al-Biruni turut menghasilkan Kitab al-Saidana,sebuah kitab perubatan yang menggabungkan ilmu perubatan Arab dan juga India.Manakala bukunya Kitab al-Jamahir pula adalah mengenai pelbagai jenis batu-batu yang berharga.

Al-Biruni juga sebenarnya adalah ahli astrologi dan terkenal dengan kemampuannya membuat ramalan yang tepat.Malah,lebih awal daripada saintis-saintis Barat,al-Biruni sebenarnya telahpun membincangkan persoalan sama ada bumi berputar mengelilingi paksinya ataupun tidak.Lebih menakjubkan lagi,beliau adalah manusia pertama yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kejadian-kejadian astronomical.

Dengan segala penyelidikan dan penulisannya dalam pelbagai cabang ilmu ini,maka tidak hairanlah jika al-Biruni dinobatkan sebagai saintis Islam yang tersohor dan tiada tolak bandingnya di sepanjang zaman.

Al-Biruni meninggal pada tahun 1048 ketika berumur 75 tahun setelah menghabiskan masa 40 tahun mengumpul dan memberi sumbangan dalam bidang keilmuan.Moga jasa dan pengorbanan beliau untuk menyebarkan ilmu ini mendapat balasan di sisi Allah s.w.t ‘’disana’’ nanti,insyaALLAH.

Wallahu a’lam…

Friday, December 4, 2009

Wajah Baru


Assalamualaikum w.b.t…

Salam ziarah kepada semua sahabat ana ucapkan kerana masih lagi terus setia menatap blog ana yang x seberapa ni.Diharap segala ilmu yang terdapat akan menjadi manfaat kepada kita semua untuk terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t yang mana semakin hari semakin mendaapat tentangan daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan agama yang suci ini.

Alhamdulillah syukur tak terhingga di ucapkan kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang kepada ana untuk terus bertahan dalam dunia blogger ini.Alhamdulillah juga diucapkan kerana niat ana untuk ‘mencantikan’ blog ini agar dapat menarik perhatian sahabat dan sahabiah berjaya dengan bantuan seorang sahabat yang di cintai.

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat yang mulia ini kerana sudi membantu ana dalam semua perkara untuk menjadikan blog ini bertambah menarik.Segala jasa dan pegorbananmu tidak mampu untukku membalasnya.Semoga Allah s.w.t membalasnya kelak,ku doakan agar rahmat Allah sentiasa memayungimu sahabatku yang di kasihi..

Dikesempatan ini juga ana memohan kemaafan kerana tidak sempat untuk “mengupdate” post2 baru untuk tatapan sahabat disebabkan kebutuhan waktu.Walabagaimanapun ini bukan alasan untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan dan diharap sahabat serta sahabiah mampu memberi komen berguna untuk memantapkan lagi blog ini.InsyaALLAH.

SALAM UKHWAH……

Wallahu a’lam…
 

Erti Sebuah Perjuangan... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template